Wednesday, March 26, 2014

Bab 1

Bab 1

Luhan
Pesawat L3241 akan tiba di lapangan sebantar sahaja lagi. Terima kasih kerana telah memilih MAS sebagai pesawat pilihan anda. 
Pengumuman telah diumumkan oleh pramugari. Aku bersiap sedia untuk keluar daripada perut pesawat yang menyesakkan ini. Perjalanan dari Korea ke Malaysia memakan masa yang lama. Teringin rasanya menghirup udara yang sebenarnya.
Setelah pesawat berhenti dan memberi insyarat penumpang boleh turun. Aku yang berada di bahagian Business Class dibenarkan untuk keluar dahulu sebelum penumpang lain dari kelas ekonomi bergerak keluar. Namun, aku mengambil langkah untuk membiarkan penumpang yang lain turun. Pramugari memandangku kehairanan. Aku melemparkan senyuman mautku yang boleh mencairkan hati para wanita.
"Have anything I can help you, Sir? tanya pramugari dengan ramah.
"No, thanks." jawabku dan menyandarkan kepalaku. 
Setelah beberapa ketika aku terus bangun dan melangkah keluar dari perut pesawat. Udara segar pagi di Kuala Lumpur begitu mendamaikan. Selapas menyudahkan segala urusan aku mencari teksi untuk membawaku ke hotel penginapanku. Aku dengan segera memasuki sebuah teksi sebelum orang - orang di sini menyedari kehadiranku.
"Can you drive me to this place." tanyaku ramah sambil menunjukkan alamat tempat penginapanku.
"Yes." jawabnya sepatah. 
Aku hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan ke destinasi yang hendak dituju. Apabila sampai sahaja di perkarangan hotel aku terus mengambil bagasiku dan memberikan sekeping not RM 50 kepada pemandu teksi tersebut. Dia kelihatan kelam kabut mengeluarkan baki wang ketika melihat aku dengan segera mahu masuk ke dalam hotel.
"Keep the change." ucapku dan segera masuk. 
Urusan semua selesai aku terus berbaring di atas katil empuk. Esok ada lagi perjalanan yang perlu ditempuhi. Ada lagi 1 jam 30 minit yang perlu dihadapi di dalam pesawat untuk sampai ke Kuching, Sarawak. Lebih baik aku tidur sehingga menunggu esok mendatang.

                             ********************************************************************

Nana
"Bu, Nana pergi dulu ye!" jeritku sambil membuka kunci basikalku. Aku tidak mahu terlambat lagi. Perjalanan ke tempat kerjaku bukanlah sekejap. Aku perlu pantas.
"Jamahlah dulu makanan ni hah. Penat ibu masaklah." tegur ibuku dan merajuk saja bunyi suaranya. Aku menceduk sesudu nasi goreng yang berrada di tangan ibuku dan memasukkannya ke dalam mulut. Air milo pula ku hirup sebanyak yang boleh dalam sekali teguk. Aku terus menyarungkan kasut dan memulakan pengayuhanku. 
"Hati - hati." laung ibuku.
"Yelah bu." jeritku dan melambai - lambai kepadanya. Wajah adik - adikku yang segak dan ayu berbaju sekolah membuatkan aku tersenyum. Aku harus berkerja keras demi mereka dan juga kedua orang tua ku.
Semasa mengayuh keluar dari kawasan rumahku aku bertembung dengan ayah, Aku cuma melambai tanda ku harus segera. Aku perasan ayah menggelengkan kepalanya melihat riaksi kelam kabutku.
Aku pantas mengayuh basikal zaman remajaku yang mempunyai bakul di hadapan dan tempat duduk di belakang. Basikalku mungkin kelihatan lama namun begitu selesa bagiku. Basikal biru langitku mmemang menjadi kebanggaanku.
Aduh, Pak Cik Rishard mesti marah kalau aku lambat lagi ni. Aku kena cepat. Kalau tak habis gaji aku kena potong lagi. Sedih pula mengenangkan aku hanya menerima separuh daripada gaji biasa. Meskipun Pak Cik Rishard tu pak cik aku, dia tu bukan tahu belas kasihan kepada anak buah dia yang cantik molek ni. Hah, tengok mula perasan pula aku. Jangan nak perasan sekarang Nana! Ingat kena cepat ke destinasi. Kalau tak memang tamat riwayat kau lagi.
Aku tercungap - cungap setelah sampai ke Cafe Cinta. Sebuah kafeteria milik pak cik aku. Aku meletakkan basikal aku di belakang kedai dan masuk senyap - senyap mengikut pintu belakang. 5 minit lambat lebih baik daripada biasa. Aku baru nak menghembus nafas lega namun tidak menjadi apabila melihat wajah Pak Cik Rishard dah berada di depan mata. Air liur begitu perit untuk ditelan.
"Kenapa lambat kali ni?" tanya Pak Cik Rishard. Tangannya dah bersilang tanda marah teramat sangat.
"Jalan jam tadi pak cik. Sesak betul jalan pagi ni." keluhku sambil menggeleng - gelengkan kepala. 
"Macam guna kereta pula ye untuk sampai ke sini." kata Pak Cik Rishard membuatkan aku tersengih.
"Tadi banyak penunggang basikal. Tu jadinya jam dan saya lupa bawa roti untuk menghalang jam tu." lawakku. Namun muka Pak CIk Rishard masih serius. Petanda buruk.
"Berapa minit kali ni kamu lewat?" tanya Pak Cik Rishard.
"5 minutes only." jawabku dan tersenyum menampakkan gigi tanda itu satu pencapaian yang baik.
"Hari ni kamu balik lewat daripada biasa. Tepat pukul 7 baru tutup kedai. Pukul 6 mop dan bersihkan kedai ni. Kerusi jangan lupa angkat letak atas meja." arah Pak Cik Rishard membuatkan mulutku ternganga.
"Tapi... Tapi...." aku kelu.
"Tak ada tapi - tapi." katanya dan berlalu. Hish, lima minit lambat pun kena denda macam tu teruk ke? Pukul 6 pun dah gelap tahu ni kan kalau aku balik pukul 7. Oh ibu, tolonglah anakmu ini daripada perbuatan durjana pak cik. 
"Eyh, Nana lambat lagi ye."kata rakan sekerjaku Lia.
"Nak buat macam mana. Dah awal pagi aku bertolak dari rumah. Hasil tetap lambat." jawabku.
"Kan aku dah cakap, tinggal aje dengan aku. Aku pun tinggal sorang je kat rumah arwah mak ayah aku tu." kata Lia yang masih teringat akan pendapatnya.
"Aku takut ibu dan ayah aku tak bagilah." luahku.
"Kau cakaplah baik - baik kat dorang. Pasti dorang fahamlah." kata Lia memberi semangat kepadaku.
"Hurm, nanti aku cuba tanya." kataku membuatkan Lia tersenyum.
"Oi, pergi salin baju sana. Nanti serigala keluar padan muka." laung Harsyid rakan sekerjaku yang lain.
"Yelah Syid. Aku nak pergilah ni. Kau suruh si nenek tua kita ni berrhenti membebel jap." kataku lalu cepat - cepat pergi. Conform marah punya si Lia tu bila dengar aku bagi nama panggilan dia macam tu.
Aku mengelap meja - meja setelah menyalin baju. Aku cemburu ketika terlihat remaja - remaja sebayaku berjalan ke arah U mereka. Hajat di hati memang aku mahu menyambung pelajaranku. namun apakan daya. Setelah keluar result SPM aku terus berkerja di sini. Aku tidak mahu membebankan ibu dan ayah. Adik - adik yang lain masih bersekolah. Kalau aku sambung belajar nanti pasti makin banyak belanja yang perlu mereka tanggung.
Umurku baru 22 tahun semalam. Sambutan sederhana yang keluargaku lakukan begitu membuatkan aku terharu. Aku semakin bersemangat untuk bekerja dan mengejar impianku. Impianku untuk memiliki kafe ku sendiri. 
"Nana jangan mengelamun. Pergi ambil order. Customers dah datang." jerit Lia yang mematikan lamunanku. 
"Yelah Nenek Tua." jawabku dan mengkekeh.
   
                                             .............................................................................


 *Copyright - All Rights Reserved / Hak Cipta Terpelihara
Lanjutan bab cerita ini terdapat di wattpad : http://www.wattpad.com/26760372-accidentally-loving-missing-you-bab-1

p/s: sebarang cetakan keluar adalah tidak dibenarkan tanpa pengetahuan penulis.

unpopulargirl - wattpad writerhttp://www.wattpad.com/26760372-accidentally-loving-missing-you-bab-1

No comments:

Post a Comment