Bab 2
Luhan
Aku kini telah berada di bumi Sarawak daerah Kuching. Aku memerhati dengan penuh kekeliruan dengan kawasan sekitarku. Aku memang seperti rusa masuk kampung sekarang. Tak tahu mana hala tujuku. Aku tidak mahu membazirkan duitku untuk menempah bilik di hotel selama bila pun aku tak tahu. Jadi aku mengambil keputusan untuk mencari sebuah rumah yang boleh aku diami. Namun permasalahannya, siapa yang boleh membantu aku di sini? Jangan harap aku nak percaya sangat dengan orang - orang kat sini.
Aku berpusing - pusing di sekitar bandar raya Kuching. Aku berhenti mendadak setelah melihat sebuah papan notis yang menyatakan apartment untuk dijual. Aku menghembus nafas lega. Nombor telefon aku simpan dan menuju ke hotel tempat penginapan sementaraku. Aku terus mendail nombor tersebut.
Si Tuan Rumah dengan ramahnya berbual denganku mengenai urusan penjualan rumah apartmentnya yang berhampiran dengan pusat bandar. Harga yang ditawarkan tidak terlalu mahal membuatkan aku hampir sahaja mahu bersetuju. Nasib baik aku sempat berkata aku mahu melihat rumah tersebut dahulu sebelum mengambil keputusan. Janji temu telah dibuat. Aku tersenyum gembira. Akhirnya hampir selesai satu perkara.
Aku melihat jam di telefonku. Aku tetiba rasa perih di hati melihat telefon yang aku gunakan sekarang ni. Satu - satu kenangan yang tak mungkin aku boleh hapuskan. Aku terlalu menyanyangi telefon ini seperti mana aku menyanyangi dirinya.
"Sir, your dessert." kata satu suara setelah bunyi loceng dibunyikan. Aku melangkah ke arah pintu dan mengambilnya. Tip dan bayaran aku berikan sebelum pelayan itu berlalu.
Aku menikmati dessertku. Setelah menghabiskannya aku melangkah ke bilik air untuk menggosok gigi sebelum tidur. Aku memang dah jadi kebiasaan untuk makan dessert or minum kopi dulu sebelum tidur. Kalau tak memang payah rasanya nak tidur.
Keesokan pagi.
Setelah bersarapan di restoran hotel, aku terus melangkah ke tempat yang perlu ku tuju. Tak beberapa minit kemudian aku menepuk dahi dan ketawa. Bodoh aku ni. Macam dah kenal sangat kawasan ni kan. Memang sesat aku nanti kalau aku berjalan sendiri. Baik aku suruh teksi tolong hantar aku ke sana.
Setelah 30 minit berlalu, aku melihat sebuah kawasan apartment yang memang mewah terbendang di hadapan mata.
"Are you Mr. Luhan?" tanya seseorang.
"Yes I am." jawabku.
"I'm Lim Khun. Just call me Lim." jawab orang yang aku hubungi semalam ramah.
"Nice to meet you Lim." kataku cuba beramah juga.
"Okey, now we're here and I'll show you the house." kata Lim sambil berjalan menuju ke lif. Lim menekan angka 9. Aku cuma menjadi pemerhati sahaja.
Melangkah dan melangkah. Satu suara pun tak terkeluar dari mulutku. Aku hanya mendengar Si Lim membebel dengan sleng Englishnya itu. Aku cuma sesekali tersenyum dan mengangguk. Aduhai, cepatlah urusan ni selesai.
"So, are you interesting to buy my house?" tanya Lim.
"Yes." jawabku sepatah setelah melihat kekemasan rumah tersebut yang penuh dengan perabot.
"Okey then...." aku malas nak dengar bebelan Lim lagi. Aku memerhati lagi rumah baruku ini. Rumahnya bercat hijau lembut begitu menenangkan. Biliknya ada tiga dan begitu luas. Beranda luar untuk bersantai menghadap kawasan yang boleh menenagkan fikiran. Pemandangan begitu cantik apabila dilihat dari luar. Aku memang dah tak sabar nak tinggal di sini.
Setelah urusan selesai, aku kembali ke hotelku untuk mengambil bagasiku. Cermin mata dan topi memang tak mungkin aku lupakan sepanjang aku keluar dari sesebuah bangunan. Gila kalau aku biarkan identiti aku terbocor. Siapa tak kenal aku, Luhan salah seorang anggota EXO pasti akan dikejar ramai penggemar wanita. Hal macam ni lah aku memang nak elakkan.
Perjalanan lancar saje sekarang ni. Kiri kanan masih tidak mengecam siapa aku sebenarnya. Melangkah dan melangkah masuk ke teksi. Hish, kan bagus aku beli sebuah kereta. Tak perlu susah - susah macam ni. Tapi nanti membazir pula. Aku tinggal sini tak lama sangat. Beres permasalahan aku, manager suruh pulang Korea balik.
Aku sekarang mengemas - ngemas barang - barangku. Penat - penat mengemas macam ni terasa dahaga pula. Kan bagus ada maid. Dapat juga bantu aku. Berjalan ke dapur fikir nak minum, kemudian baru teringat. Nak minum apa? Satu air langsung tak ada. Berjalan lagi aku nampaknya.
Aku tercari - cari juga restoran untuk aku melepaskan rasa dahaga namun hampa kerana tidak menjumpainya. Baru bercadang mahu balik, aku terperasan satu kafe yang memang agak moden dan menarik minatku untuk ke situ. Bagus, kafe memang menjadi favourite aku sejak zaman remaja. Hopefully kafe di Malaysia sama sahaja seperti di Korea.
Melangkah masuk sahaja dah dapat diucapkan selamat datang. Ramah dan canggihlah. Pelayan datang menghampiriku dan melemparkan senyuman.
"Hello, sir. Welcome to Cafe Cinta. I'm Lia, waitress here. Can I have your..."
"Latte." jawabku pantas memotong kata - kata gadis itu.
"Alright sir." pelayan tersebut berlalu.
Aku memerhatikan sekeliling. Suasana begitu menenangkan. Hampir sama macam kafe kat dalam cerita kartun pula rasanya. Pelayan bercostum dan ramah. Hiasan dalamnya berwarna coklat cair dengan lampu - lambu yang tergantung menyerlahkan suasana suram. Dindingnya yang menggunakan cat berwarna coklat begitu cantik dicat.
"This your latte sir." gadis pelayan tadi tiba - tiba datang menghidangkan air latte kegemaranku.
"Thanks." jawabku sebelum dia berlalu.
Sambil minum, aku sempat memerhatikan keadaan pengunjung di dalam kafe ini. Semuanya nampak beradab dan tidak membuat bising seperti restoran jalanan. Suasana macam ni aku gemar. Tak perlu nak dengar hiruk pikuk bunyi kenderaan dan perbualan.
"Mas-issneun(sedap)" luahku perlahan menikmati rasa dan aroma latte.
Latte memang kopi kegemaran sejak zaman remaja lagi. Setiap kali ke kafe, aku akan memesan latte. Tidak pernah terdetik di hati aku untuk bosan meminum minuman enak ini. Selesai sahaja air latte ku habis, aku mengangkat tangan tanda meminta bil ku.
"This your bil sir." kata pelayan tadi dengan ramah.
Aku melihat sekali imbas bilku dan mengeluarkan dua keping not RM 10 dan meletakkannya di atas meja dan berlalu keluar tanpa menunggu baki duitku. Aku seorang yang tidak suka menunggu lama bila urusanku sudah selesai. Aku malas menunggu baki duit itu yang sudah perlu menunggu lama.
"Sir your.."
"Keep it." jawabku kerana tahu apa yang perempuan itu maksudkan. Aku berlalu tanpa mengetahui hala tujuku.
********************************************************
Nana
"NANA! NANA!" pekik Lia.
"Ada apa nenek? Kau kena kejar hantu ke?" tanyaku hairan. Cawan di tangan akulap dengan cermat agar tidak jatuh dan pecah.
"Tu ada customer baik punyalah. Handsome dan cute lagi tu." cerita Lia dengan wajah penuh teruja.
"So?" tanyaku bosan.
"So dia pesan secawan Latte. Dia tak tahu berbahasa Melayu. Maybe he foreigner kot." Lia menyambung ceritanya.
"Mana kau tahu? Bukan ke kalau sambut tetamu kita always use English dan conform customer pun berbahas Inggeris gak." aku menyatakan pendapatku.
"Aku tak rasa macam tu sebab muka dia memang macam bukan orang tempatan." Lia mempertahankan pendapatnya.
"Maybe dia anak kacukan." aku pula cuba mempertahankan pendapatku. Dalam rancak berbual, tangan aku dengan pakarnya membuat air customer yang diceritakan Lia.
"Kau tengoklah. Pasti kau pun akan cakap macam aku." Lia still tidak mahu mengalah.
"Anak kacukan." aku menegaskan ayat dan pendapatku.
"Aku tahulah kau tu teringin nak dapat lelaki anak kacukan, so tak payah nak mempertahankan pendapat kau tu. Eh, tapikan kenapa aku rasa muka dia macam seseorang yang aku pernah kenal ye. Siapa ye?" Lia memperli aku.
"Hotak hang, aku siku kepala kau nanti padan muka. Nah gi hantar kau foreigner tersayang kau tu, Nenek Tua." aku terus ke belakang meninggalkan Lia yang terkebil - kebil. Hish, tak boleh harap.
"Kau gaduh apa lagi dengan si Lia tu?" tanya Harsyid.
"Tak perlu tahu kot. Hal kecil je tu." luahku sambil duduk di sisinya.
"Nana, kalau aku nak cakap something boleh tak?" tanya Harsyid.
"Sejak bila kau suka minta izin ni hah? Selalunya kau tanya je apa kau mau tanya." kataku dan ketawa.
"Nana, I'm serious!" Harsyid merenungku marah dan pipinya mulai kemerahan. Lelaki kuat blushing si Harsyid ni.
"I'm serious too." jawabku masih lagi ketawa.
"Nurhusna! I love you." luah Harsyid dan mukanya bertambah blushing lagi.
"Huh? You kidding right?" tanyaku dan membuat ketawa palsu.
"No, I'm not. Please tell me about your feeling to me." rayu Harsyid.
"I'm sorry, Harsyid. Aku minta maaf sangat - sangat, Syid. " aku tahu ayat ku dah memberikan jawapan kepada pertanyaannya.
"Mean you not love me right?" tanyanya lagi.
"I love you. I do love you. But I only love you as a friend." aku memperkatakannya pantas.
"Tak pelah macam tu. Aku tahu aku ni bukan hebat, kaya dan ternama macam lelaki lain yang ngorat kau." jawab Harsyid sedih membuatkan aku sebak.
"Syid, kau kenal aku sejak zaman sekolah tadika lagikan. Kau pasti tahu aku bukan perempuan materialistik macam tu." aku bersuara sedih.
"Eh, aku main - mainlah. Dah semangat sikit. Jom kita sambung balik kerja." Harsyid cuba mengubah topik dan berpura - pura tersenyum padahal aku tahu dia sedang sakit di hati.
"Harsyid, maafkan aku sebab tak dapat balas perasaan kau. Aku sayang kau sebagai sahabat baik aku je. Maaf." aku tersedu - sedu kesedihan. Aku merenung Harsyid tepat di matanya.
"Dah, jangan fikir pasal tu lagi. Aku nak layan customer dulu." Harsyid berlalu meninggalkan aku.
Aku mengesat air mataku. Tidak aku sangka dia mempunyai perasaan sebegitu terhadapku. Aku tak mahu dia menyimpan rasa kepadaku.
"Nana, mocha satu!" suara Lia memecahkan suasana suram.
"Alright!" jeritku cuba bersemangat kembali.
6.50 p.m.
Semua kerusi sudah aku letakkan di atas meja. Lantai semua sudah di mop. Meja dah berkilat. Apa lagi aku nak buat? Hah! Balik. Eh, wait. Aku belum buang sampah lagi. Aduh.
Aku mmengangkat sampah - sampah dan membawa kelua mengikut pintu depan. Aku menolak pintu dengan menggunakan badanku dan keluar. Saat itu, aku hampir sahaja terlanggar seseorang yang sedang berdiri di luar. Nasib aku sempat berhenti sebentar. Aku memerhati orang tersebut.
"Ada apa - apa yang saya boleh bantu encik?" tanyaku dan memberikan senyuman.
"Wae? I mean what?" tanya lelaki tersebut blur.
"Sorry, Sir. I said what can I help you, sir?" ulangku dalam bahasa Inggeris.
"Oh, urm, this cafe still open right?" tanya lelaki tersebut dengan penuh berharap.
"Sorry, this cafe already close. We only open it until 6 o'clock sir." jawabku.
"Oh, I though it still open. Okey, I'll go now." jawab lelaki tersebut dengan penuh kekecewaan.
"Urm, sir. Why not you come inside with me so then I can serve you something you can drink." kataku lagi. Matanya kembali bersinar mendengar ajakanku.
"Let go inside now." kata lelaki tersebut dan menarik tanganku mengajak masuk. Namun aku menyentak tanganku dan menunjukkan kepadanya sampah yang sedang ku pegang.
"I need to throw it first." jelasku dan tersengih.
Aku berjalan ke arah tong sampah dan mencampak sampah tersebut sekuat hati ke dalamnya. Aku berpusing dan melihat lelaki asing tersebut memerhatiku di depan pintu masuk Cafe Cinta. Aku berlari ke arahnya dan mengajaknya masuk.
"Sorry, let me put this chair down first." kataku dan menurunkan kerusi dari atas meja agar dia dapat duduk.
"Can you show me how to make Latte?"tanya lelaki tersebut malu - malu.
"Yes of course. Follow me to the kitchen." jemputku.
Aku membuka lampu dapur dan mempersilakan dia duduk di kaunter yang berhampiran dengan tempat membuat kopi. Aku menunjukkannya cara membuat Latte. Aku perhatikan dia sangat terpegun kelincahanku tanganku membuat Latte.
"Berapa lama awak dah jadi pembuat kopi ye?" tanya lelaki tersebut dalam bahasa Inggerisnya yang kedengaran aneh.
"Sejak saya berumur 13 tahun sehingga sekarang." jawabku bangga dan menghulurkan Latte kepada dia.
"Umur awak sekarang berapa?" tanya dia penuh tanda tanya.
"22" jawabku ringkas dan padat.
"Apa tugas awak kat sini ye?" tanya lelaki itu lagi sambil menghirup Lattenya lagi.
"Ambil order dan bancuh kopi. Kemas -kemas dan macam - macamlah." jawabku.
"Mana pekerja yang lain?" tanya dia lgi.
"Dah balik. Saya kena denda bersihkan kafe ni sorang - sorang sebab lambat datang." keluhku.
"Kejam juga tua kedai ni ye." katanya.
"Tak lah. Pak Cik Rishard baik orangnya. Salah saya juga sebab always datang lambat." kataku jujur.
"Air saya dah habis dan saya nak balik sekarang. Latte yang awak buat memang mas-issneun. Ni duit untuk Latte tadi dan baki tu simpan jelah. Terima kasih untuk segalanya." jawab lelaki tersebut dan meletakkan not RM 20 di atas tapak tanganku. Lidahku kelu dan tak mampu berkata apa - apa. Aku cuma memerhatikan dia pergi dan berjalan ke pintu depan untuk menguncinya.
Aku berjalan ke dapur dan mencuci cawan tadi. Kerusi di hadapan aku naikkan. Aku termenung sebentar membayangkan pemuda tadi. Orangnya tinggi dan mempunyai muka yang comel. Umurnya mungkin dalam awal 20-an rasanya. Dari gaya percakapannya aku rasa mungkin dari negara Jepun or Korea kot. Sebab tadi ada satu perkataan pelik dia terlepas cakap. Hish, kenapa aku fikirkan orang tu? Tak betul kot aku ni. Baik aku balik sekarang. Nanti risau ibu dan ayah kalau aku tak sampai - sampai rumah lagi.
Aku keluar mengikut pintu belakang dan menguncinya. Basikal ku ambil dan menuntunnya ke hadapan. Aku terkejut melihat pemuda tadi masih berada di depan pintu Cafe Cinta.
"Cik boleh tolong saya?" tanyanya.
"Bantu apa ya?" tanyaku kembali.
"Tahu tak alamat ni? Saya tak ingat jalan ke rumah saya. Saya baru hari pertama tinggal di situ." kata lelaki tersebut dan wajahnya tunduk seperti malu.
"Ok. Jom saya bawa awak ke sini. Cepat duduk kat belakang. Saya bawa awak ke sana. Dekat je ni." kataku cuba menggembirakannya.
Dia duduk di tempat duduk belakang basikalku. Dengan lafaz basmallah, aku mengayuh perlahan menuju ke alamat tersebut.
"Boleh saya tanya tak?" pintaku.
"Apa dia?" tanya dia kembali.
"Awak ni dari mana ya?" aku menanya langsung.
"Korea." jawabnya.
"Oh,. Nama awak siapa?" tanya ku lagi.
"Urm, saya Lu.. Luhan." jawabnya. Aku mengangguk - angguk sahaja.
"Awak tak kenal saya ke?" tanya dia membuatkan aku kepelikkan.
"Memanglah tak. Kenalpun baru hari ni. Pelik awak ni." kataku dan ketawa.
"Nama awak siapa?" tanya Luhan.
"Nurhusna Ashmanie. Panggil saya Nana je." jawabku.
"Awak masih study lagi ke?" tanya Luhan.
"Tak, saya bukan student lagi dan senang kata saya tak sambung belajar pun." jawabku perlahan.
"Kenapa?" tanya Luhan lagi. Hish, harap muka je comel. Tapi kuat bertanya.
"Masalah kewangan." jawabku ringkas.
"Susah ye kalau jadi orang susah." kata Luhan perlahan cuba untuk tidak menyinggung perasaanku.
"Tak susahlah. Saya malah bahagia asalkan saya alami kesusahan ni bersama keluarga saya." jawabku dengan nada gembira.
"Eh, dah sampai." kataku sebelum sempat Luhan membuka mulut.
"Terima kasih. Kalau saya tak jumpa awak pasti saya tidur di jalanan malam ni." kata Luhan dan mengeluarkan beberapa keping not dari dalam dompetnya dan menghulurkan kepadaku.
"Sama - sama. Eh, simpan je duit awak tu. Saya tolong ikhlaslah." kataku tersenyum.
"Ambil jelah. Saya bagi ikhlas." jawabnya.
"Tak mahu. Bye." kataku dan meninggalkannya.
............................................................................................................
*Copyright - All Rights Reserved
nukilan : unpopulargirl ( wattpad writer )

No comments:
Post a Comment