Bab 3
Luhan
Aku bersiar - siar di water front dan melihat keindahan sungai di situ. Ramai peniaga yang berjualan di tepi - tepi tempat pejalan kaki. Pelbagai jenis kraftangan yang mereka jualkan namun aku tidak berminat untuk membeli mahupun menengoknya. Aku cuma memerhati gelagat pengunjung yang datang melepak di situ.
Petang ini ku rasakan damai sedikit. Terperap di rumah membuatkan aku hampir gila. Mana taknya, satu per satu kenangan menerjah fikiranku. Aku tidak betah untuk menghadapinya lagi. Segala yang telah berlaku mengganggu fikiranku ini. Gara - gara itu semua ahli EXO mencadangkan aku untuk mengambil masa berehat dan melancong ke mana - mana tempat untuk menenagkan fikiranku yang sedang kacau.
Wajah si cantik manis terbayang di fikiranku. Setiap kali aku terbayang dirinya, hatiku berasa amat perit sekali. Tak tertanggung rasanya sakit di hati. Aku benar - benar menyanyangi dan mencintai dia tapi tak ku sangka dia sanggup mencurangi aku. Dia sanggup berpaling tadah kepada rakan baikku sendiri hanya kerana aku tidak cukup matang dalam perhubungan kami. Apa salahku sampai dia sanggup melakukan sedemikian rupa? Dia boleh memberitahuku salahku agar aku boleh memperbaikinya kan?
Setelah mengetahui perkara sebenar aku pulang ke rumah dan mengunci diriku di dalam kamar. Aku tidak mahu orang lain merasai angin burukku ketika itu. Aku kebelakangan itu juga turut ponteng latihan. Hal ini begitu merunsingkan ahli kumpulanku yang lain dan mereka telah memberikan aku tket untuk bercuti. Walaupun aku keras menentang hal tersebut namun apakan daya aku sorang nak lawan cakap mereka yang lain. Memang kena teruk - teruk balik dengan mereka adalah.
Kenapa aku nak fikirkan semua tu balik? Hish, aku ke Malaysia untuk menenangkan fikiran, bukan untuk memikirkan masalah yang dah ada. nanti habis cuti karang aku pulang dalam keadaan yang sama kan kena bebel lagi dengan pak cik - pak cik tu. Baik aku lupakan masalah aku segera tapi, mampukah aku nak lupakan?
BODOH! Kenapa aku selemah ni?!
Aku melangkah tanpa arah tujuan. Kaki ku pantas melangkah dan melangkah. Aku memandang di hadapanku ketika kakiku berhenti melangkah. Aku kini tiba di sebuah kafe yang aku kunjungi sebelum ini. Entah kenapa kafe ini begitu menarik minatku. Aku suka akan Latte buatan pekerja di sini. Rasanya sungguh berbeza daripada Latte yang pernah aku minum sebelum ini.
Aku membuka pintu dan masuk ke dalam. Suasana di dalam kafe masih seperti sebelumnya. Tiada yang berubah. Masih nampak klasik dan moden. Kalau digabung menjadi kladen. Eh, aku merepek apa pula kali ni.
Aku terus menuju ke sebuah meja yang kelihatan terpencil. Itu merupakan langkah berjaga - jaga agar tiada yang mengenali diriku. Masak aku nanti kalau dorang kenal aku. Mana aku nak lari? Pengawal aku pun tak ada sekarang. Mau kecoh satu Malaysia bila tahu Luhan ada kat sini. Mati aku.
Tiba - tiba datang seorang pelayan datang dengan muka yang kelihatan letih dan kelam kabut. Aku memerhatikan dirinya. Rasanya aku macam pernah kenal gadis ini sebelumnya. Tapi siapa ya?
"Maaf encik kerana lambat sedikit. Boleh saya ambil pesanan anda?" tanya gadis tersebut dengan bahasa Inggerisnya agak sedikit berterabur gara - gara mahu cepat.
"Latte." jawabku ringkas dan dia berlalu meninggalkan aku. Aku memerhati kawasan sekeliling. Patutlah dia nampak letih je, hari ni ramai yang datang ke kafe ni. Pasti penat dah tu pelayan dan tukang bancuh air bukannya ramai. Cubalah si pemilik kedai ni cari lebih ramai pekerja, tak adalah kelam kabut macam sekarang. Aku cuma mampu menggeleng - gelengkan kepala dan bermain dengan telefonku sebelum meletakkannya di atas meja.
****************************************
Nana
"Awal kamu hari ni." kata Pak Cik Rishard.
"Pak cik ni saya pelik lah. Saya lambat salah, saya datang awal salah. Kalau saya tak datang lagi salah agaknya." ucapku tanpa mood.
"Kamu ni satu - satunya pekerja pak cik yang suka melawan. Cuba kamu jangan menjawab sangat. Dengar apa orang nak kata." bebel pak cik 'tersayang' aku ni.
"Habis tu, kalau orang cakap kita mestilah jawabkan. Contoh, cikgu tanya 1 + 1 berapa kat kita, takkan nak senyap je pastu tak nak jawab. Kang cikgu juga yang cakap kita kurang ajarkan. Then, kalau orang paksa kita makan taik takkan kita nak ikut je. Kita mesti lawan balikkan." aku pula yang membebel. Aie, siapa pula bos kali ni?
"Hah! Mula kamu tu menjawab. Dah pergi buat kerja. Kang aku sepak mulut tu karang. Asyik menjawab kerja kau kan." marah Pak Cik Rishard.
Aku di belakangnya mula menceceh mengajuk kata - katanya. Lia yang memerhatikan aku hanya mampu ketawa dan menggeleng - gelengkan kepala.
"Apa mimpi kau awal hari ni?" tanya Lia kehairanan.
"Hah, dah mula nak jadi macam Pak Cik Cerewet tu ke?" tanyaku memasamkan muka.
"Lah, kau ni sensitif betul. Aku tanya je pun nak merajuk." kata Lia dan mengetawakan diriku.
"Sensitiflah sebab kau tu kawan aku tau." jawabku dengan nada kurang senang.
"Hish, tak kuasa aku nak melayan kau ni. Dah gi salin baju dan buat kerjalah." kata Lia lagi.
Aku melangkah ke lokerku dan mencapai pakaian kerjaku. Selesai sajaha menyalin pakaian, aku terus memulakan kerja dengan mengelap tingkap yang mula berhabuk. Entah berapa tahun si Lia tu tak lap agaknya. Asyik - asyik muka aku ni je kena lap tingkap. Sayang betulkan kau ni tingkap kat aku. Hari - hari asyik nak tengok aku je.
"Oi, Syid." tegurku dan memberikan senyuman.
Harsyid hanya memandangku dan memberikan senyuman terpaksanya. Eh, apahal pula budak sekor ni. Kena penyakit bisu ke apa sampai tak boleh nak sahut?
"Harsyid, kau boleh tolong aku tak?" tanyaku ramah sedikit.
Harsyid hanya menganggukkan kepalanya. Ni kes apa pula dia jadi macam ni pula.
"Nanti tolong buang sampah kat belakang kedai tu. Entah siapa yang buang sampah kat situ agaknya. Tong sampah mereka agaknya dah kena angkut dengan lori sampah kot, sebab tu sebarangan je buang sampah kat belakang kedai." aku membebel seorang diri. Aku rasa SKL pula sebab Harsyid tidak melayan celotehku seperti biasa. Dia ni marah kat aku ke?
Harsyid berlalu ke belakang. Mungkin dia mahu melakukan apa yang aku pinta tadi kot. Harsyid mukanya nampak tidak bermaya je hari ni. Puas aku memikirkan sebabnya tapi tetap tak berjaya.
"Kak Tia, Harsyid tu kenapa muram je saya tengok?" tanyaku kepada salah seorang pekerja pak cik ku yang tua 3 tahun daripadaku.
"Entahlah dik oi. Dari pagi tadi dia dah tak ceria macam selalu. Selalunya pagi - pagi habis semua pekerja dia kejar semata - mata nak ucapkan selamat pagi." terang Kak Tia.
"Oh, tak pe lah macam tu." kataku lalu menyambung kembali kerjaku.
"Hoi!" jerit seseorang di belakangku.
"KAU LIA! Cubalah bagi salam. Kau main sergah je kenapa ni?" tengking ku. Gila tahap meroyan apa main sergah macam tu. Kang aku terpecahkan barang dalam kedai ni bukannya dia yang kena bertanggungjawab. Aku juga yang kena.
"Aku terdengar perbualan kau dengan Kak Tia tadi. Kau ni tak ada perasaan ke?" tanya Lia seakan memarahiku.
"Tak ada perasaan? Oi, maksud kau apa mak cik?" tanyaku blur.
"Memang sah kau ni tak ada hati nurani." kata Lia dan menggeleng - gelengkan kepalanya.
"Kau kalau tak nak kena sekeh dengan aku baik kau bagitau cepat apa maksud kau tu." aku memberi warning kepadanya.
"Relax la. Gopoh betul kau ni." kata Lia cuba melenggah - lenggahkan masa.
"LIA!" aku meninggikan suaraku.
"Okey! Okey! Kau kan dah reject si Harsyid tu. Conformlah budak blushing tu frust nenek oi." kata Lia pantas. Aku terkesima mendengar apa yang diperkatakan oleh Lia.
"LIA! NANA! KORANG MAKAN GAJI BUTA KE?" satu suara keramat mematikan perbualanku bersama Lia.
"Maaf bos, ni nak buat kerjalah ni." alasan Lia. Aku cuma menundukkan kepala. Rasa bersalah menyelebungi perasaanku.
"NANA! BUAT KERJA!" suara keramat tersebut betul - betul membuatkan telingaku bagi nak pekak. Aku pantas berlari ke dapur nak berpura - pura lap cawan. Seminit kemudian baru ku sedar aku mengelap cawan menggunakan kain lap tingkap tadi. Aduhai, memang dah sakit aku ni.
Aku mencuci kembali cawan tersebut dan termenung setelah cawan habis dicuci. Kenyataan yang diperkatakan oleh Lia membuatku rasa serba salah terhadap Harsyid. Payah betullah bila kawan baik sendiri suka kat kita. Bila kita reject mula jadi macam ni. Dahlah tu Nana, kau bukan bersalah pun kan. Dah memang kau tak suka kat dia buat apa kau nak serba salah sangat? Chill.
"NANA! BILA NAK START KERJA HUH? PELANGGAN DAH JADI IKAN SARDIN BARU NAK BUAT KERJA KE?" bebel Kak Tia yang menghentikan lamunanku.
Aku memerhati sekeliling dan begitu ramai pelanggan dah duduk dan menanti order di ambil. Aku mencapai buku catatan dan pen untuk mengambil order. Kalau waktu - waktu macam ni memang kena buat kerja lebihlah. Ambil order, bancuh air, hidang kek, cuci cawan dan pinggan dan lap meja. Masak kai smeua lepas ni.
Lepas satu meja, satu meja pula terpaksa aku layan. Langsung tak dapat nak rehat sebab pelanggan keluar masuk je dari tadi. Baru nak rehat lima minit dah ada yang masuk. Ye pun korang ni datanglah 30 minit lepas pelanggan lain pergi. Memenatkan betul. Pekarja dalam kafe ni dah lah cuma ada 16 orang je. Manalah cukup nak layan pelanggan yang ramai. Nasib je kafe ni boleh muat dalam 35 pelanggan je. Kalau lebih memang aku berhenti kat kafe ni. Tak sanggup aku nak kerja macam kuli banggunan.
Jam dah dekat pukul 4. Tadi waktu tengah hari dapatlah ret kejap. Ni dah waktu macam ni sampai ke baliklah jawabnya takkan dapat rehat. Aduhai, nasib ke kenapa harus jadi seperti ini. Okey yang ni last customer aku layan. Lepas ni apa nak jadi, jadilah. Aku nak juga rehat meskipun 10 minit je.
Aku melangkah pantas ke arah meja yang begitu terpencil. Pelanggan ni memang suka bersembuyi kot dulu. Sebab tu pilih tempat tersorok macam ni. Aku berjalan ke tempatnya dan terus mengambil order dia.
"Maaf encik kerana lambat sedikit. Boleh saya ambil pesanan anda?" tanyaku dalam bahasa Inggeris yang aku tak pasti betul ke tak dan memberikan senyuman terpaksaku. Aku dah penat macam ni mana aku nak fikir proper Inggeris yang patut digunakan. Yang ada dalam kepala otak aku ialah REHAT!
"Latte." jawab beliau sepatah dan aku terus berlalu. Wah, hari ni tak ramai pelanggan mengorder Latte. Aku pun dah naik jemu asyik - asyik buat air teh hitam, black roast dan mocca je hari ni. Kau membuatkan aku bersemanggat nak keluarkan ilmu Latte aku pelanggan.
Sudah sahaja aku membancuh Latte, aku terus membawanya ke pelanggan tersebut. Dia nampaknya begitu asyik meneliti telefonnya. Aku terus melangkah dan hanya beberapa langkah sahaja lagi aku boleh rehat sekejap. Badan aku dah letih bekerja dari tadi.
Namun, nasib aku berubah teruk kemudiannya. Aku tak tahu bagaimana ianya boleh berlaku tapi yang pasti tadi aku cuba nak mengelak sesuatu yang tetiba terbang ke arahku. Rasanya mungkin lebih ataupun sejenis serangga kot. Entah aku tak pasti tapi apa yang pastinya. Aku terjatuh kerana hilang keseimbangan. Aku tidak pernah mempunyai keseimbangan yang baik jadi aku yakin pekerjaan seperti menjadi guru tari ataupun sesuatu yang sewaktu dengannya bukan pekerjaan yang bagus untukku.
Okey, yang tu abaikan. Apa yang menjadi permasalahannya kini ialah, air Latte tersebut tumpah. Bukan atas lantai atau atas kepala pelanggan. Tetapi atas meja dan yang paling malangnya ialah air Latte yang masih panas tu tumpah atas telefon dia! Oh tidak, apa aku nak jawab ni.
Pelanggan tersebut segera berdiri kerana terkejut. Aku yang masih terduduk di atas lantai hanya mampu menundukkan kepala menanti sumpah seranah daripadanya keluar daripada mulutnya.
"KAU BUTA KE?" pekik pelanggan tersebut dengan mengeluarkan bahasa Inggeris yang kesat.
"Maaf encik. Saya tak sengaja." pohonku.
"Maaf kau takkan dapat menggantikan telefon aku yang rosak ni." marah si pelanggan itu lagi sambil menunding - nundikkan telefon touch screen nya ke mukaku.
"Saya betul - betul tak sengaja. Saya pasti akan bayar ganti rugi balik. Tolong encik maafkan saya" aku merayu lagi. Mukaku terasa panas apabila semua mata memerhatikan ke arah kami.
"Apa dah berlaku ni?" tanya seseorang dengan tenang. Oh, bala dah datang. Pak Cik Rishard coming!
"Tengok apa pekerja awak ni dah buat." kata pelanggan tersebut dan menunjukkan telefonnya yang sudah rosak.
"Maafkan pekerja saya ni encik. Dia ni memang agak cuai dan cemerkap sedikit. Tolong encik jangan buat kecoh di kafe saya ini." tegur Pak Cik Rishard dengan gaya profesionalnya meggendali masalah ini. Aku dapat rasakan renungan maut yang diberikan oleh Pak Cik Rishard.
Aku sebenarnya nak membantah ketika dia berkata aku ni cemerkap dan cuai. Tapi aku cepat - cepat menegah niatku. Dah lah aku buat salah, aku nak pula berbahas dengan pak cik aku tu? Memang kerja gila Nana.
"Saya tak peduli. Apa nak jadi - jadilah. Kalau tuan tak ambil tinakan ke atas pekerja ni saya akan saman kafe anda." kata lelaki tersebut. Aku memberikan jelingan kepadanya tetapi dengan segera menundukkan kepala apabila mengingat posisiku sekarang ini.
"Apa yang encik nak saya lakukan?" tanya Pak Cik Rishard.
"Apa - apa sahaja yang setimpal dengan perbuatan yang telah dia lakukan." jawab lelaki tersebut. Lelaki tersebut memberikan pandangan yang begitu sinis kepadaku. Oi, nak aje aku cocok - cocok mata kau tu.
"Baiklah kalau dah macam tu. Nana, mulai saat ni, kamu bukan lagi pekerja pak cik." kata pak cikku serius.
"APA! PAK CIK CAKAP APA?!" aku meninggikan suara.
"Kamu dipecat." ulang Pak Cik Rishard dengan tenang.
"Ni tak boleh jadi. Gara - gara telefon bodoh lelaki gila kepayang ni rosak, pak cik nak pecat saya? Langsung tak ada keadilan." pekikku marah dengan sikap tidak adil pak cik dalam membuat keputusan. Aku sengaja menggunakan bahasa Inggeris dan menunding - nunding lelaki tersebut agar dia mengerti perasaan marah yang membara dalam diriku ini.
"Habis tu kamu sanggup ganti balik telefon lelaki ni?" tanya Pak Cik Rishard membuatkan aku terdiam.
"Tapi saya ada keluarga. Mak, ayah dan adik - adik saya perlukan duit daripada hasil kerja saya untuk menanggung semua perbelanjaan." kataku dengan suara yang rendah memohon simpati.
"Kalau kamu kerja di sini pun kamu takkan mampu membayar balik harga telefon tu. Tu telefon keluaran terbaru dan rare kamu tahu." jelas pak cik lagi.
"Saya peduli apa denga telefon lelaki bodoh ni! Saya perlukan kerja ni." kataku lagi tidak mahu mengalah.
"Maaf, Nana. Pintu keluar ada di hadapan dan belakang. Jadi sila ambil barang - barang kamu dan keluar dari kafe ni segera." kata Pak Cik Rishard tegas.
Aku berjalan ke lokerku dan mengambil semua barang - barangku. Aku ke hadapan dan memerhatikan semua rakan - rakan sekerjaku di kafe ni. Aku perhatikan Lia dan Kak Tia hampir menangis membuatkan aku ketawa dalam tangis. Aku lantas memeluk mereka berdua. Aku melangkah ke tempat Pak Cik Rishard dan menghulurkan kunci lokerku.
Pak Cik Rishard mahu mengambilnya ditanganku namun aku bertindak kejam dengan sengaja menjatuhkan kunci tersebut di lantai dan membiarkan sehaja. Pak Cik Rishard menjelingku namun aku buat - buat tidak perasan.
Aku memberikan pandangan mautku kepada pelanggan tersebut. Perasaan benci meluat - luap dalam diriku. Mata pelanggan tersebut kelihatan kosong dan tiada perasaan.
"Terima kasih untuk segalanya. Kau membuatkan aku dan keluarga aku bertambah menderita lepas ni." ucapku sebelum melangkah.
Namun sebelum aku mengambil selangkah lagi keluar, aku berpusing kembali ke dapur dan mahu melaksanakan idea yang berada difikiranku. Aku membancuh teh hitam kegemaran Pak Cik Rishard dan Latte yang diorder oleh pelanggan tadi.
Aku menatang air tersebut keluar dan meletakkannya di atas meja.
"Sebelum keluar saya nak hadiahkan air ni kepada dua orang lelaki yang paling 'baik' pernah saya jumpa. Terima kasih atas layanan korang. Ni hadiah daripada saya." ucapku.
Aku terus mengambil air tersebut. Teh hitam di tangan kiri manakala Latte di tanggan kanan. Dengan sepantas kilat tanpa disedari oleh mereka akan tindakanku, air tersebut telah mengalir ke muka mereka. Puas rasanya melihat mereka sebegitu. Aku segera keluar dengan drastiknya.
..................................................................................

No comments:
Post a Comment